Sunday 26 June 2011

white !

Latihan teater Mahkamah dan pembahagian tugas krew krew dilakukan secara rasmi buat pertama kalinya .
Dengan bertemakan PUTIH , kami berkumpul pada pukul 3 petang untuk memulakan tugas masingg-masing di bawah pohon yang redup . heee .

redup kan ? it feels fresh here. (;


latihan yang bersemangat !

Krew krew tidaklah hanya berdiam diri, goyang kaki sekadar melihat latihan rakan rakan yang lain , tetapi berbincang mengenai tugas masing-masing untuk menjayakan kelab Teater Seni Pujangga pada sem ini 








Seperti yang dibincangkan, tema PUTIH, suci lagi murni ini digunakan untuk mencantikkan serta menyelaraskan lagi photoshoot santai kami =)
credit to our photographer ; wan (;




even we dont know each other before , but we unite here now !









Saturday 25 June 2011

Pantai Teluk Gadung

semua team produksi Mahkamah turun padang untuk menjalani latihan vokal buat pertama kalinya di luar kampus.
presented to you ; Pantai Teluk Gadung ! our most beautiful place in Dungun maybe laa kot .(;



Our journey start in 8 am . setelah selesai men'streching'kan diri kami yang diketuai oleh Abeed, semua produksi bergerak ke pantai di hadapan kampus.
how good it feels to see the view in the morning (;

Kami menjalani latihan vokal yang dilakukan secara bertentangan dengan pantai supaya suara kami   
dapat menyaingi bunyi ombak yang beralun . ^_^


Beach Walk diadakan pada masa yang sama, tempat yang sama, pesertanya dari universiti yang sama.
Walaupun ahli teater tak dapat join Beach Walk, tapi kami sempat join satu aktivitinya iaitu tarik tali (;
And the most interesting part is both of our team is the champion ! congrats guys !




Tuesday 21 June 2011

PRoDUKsi

EHM2... mahkamah dan TER itu senjata,
       dlm serius kita bersuka ria,
          mesti hebat tidak terkata,
       kuharap semua bakal berjaya

produksi mahkamah dan TER dah pun dbahagikan.... em.... kita nntikan apa yg akan berlaku... hidup pujangga untuk teater

Saturday 18 June 2011

pErhAtIAn!!!!!

Sahabat handai berijmak ayuh,
hilangkan rasa bosan dan jemu,
malam sunyi bertukar riuh,
balairung seri kita bertemu.


      jangan lupa pada semua sahabat dalam Kelab Teater Seni Pujangga kita akan adakan perhimpunan tergempak pada 20.06.11 untuk membincangkan tentang produksi semester ini... ehm2... datang jangan x datang.. bawa bersama jadual kelas masing2.... makang tupat dalang beseng...

Friday 17 June 2011

TeaTeR MaHKaMaH

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=189179707773499&set=t.100000674573905&type=1&theater (link for mahkamah pic)
Teater ini diilhamkan oleh cikgu Awang Abdullah yg membawa grane komedi... dalam gelak ketawa, riuh rendah dewan menyaksikan gelagat si pembawa watak teater ini memberi pesanan yg besar dalam bawaan yang ringan... watak2 yg terlibat adalah
  • danial - hakim yg gila2 bahasa
  • badrul - peguambela yg tiga suku
  • sarah - pendakwaraya yg sewel
  • imran - pegawai yg bingai
  • bazzz - pegawai yg seram
  • dila - bulat binti gentel
  • wawa - akajikinakamokotoko
  • nad - penterjemah sakit perut
  • timme - siti payung binti haji kedekut
  • alif - bujang bin senang
teater ini berjaya dengan ilmu yg dikongsi oleh ahli teater yg berbakat besar seperti A.K Hidayat, Roslan Midun, Pak Tam Raja Lawak, Abg Salman dan ramai lagi..

apa itu teater

TEATER ITU MEMANUSIAKAN MANUSIA..
Teater adalah tempat persembahan - persembahan kesenian yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung menggunakan kombinasi pertuturan, gerak isyarat, muzik, tarian, bunyi dan sebagainya.


Terdapat pelbagai jenis persembahan teater, antaranya ialah: opera, balet, pantomim dan wayang kulit.






Selain itu, menurut Prof. Datin. Dr. Rahmah Hj Bujang dalam bukunya yang berjudul Glosari Kesenian Melayu pula ialah teater adalah sebarang perlakuan kisah atau cerita dalam satu kawasan yang ditentukan sebagai pentas untuk perlakuannya dan menuntut pergerakan fizikal; dengan mempunyai komponen aksi dan reaksi para pelaku, iaitu para pelakon, dan pemerhati, iaitu audiens atau penontonnya.